Sesekali menjamah sup
tulang memang cukup menyelerakan, terasa pecah peluh apabila dicampur dengan
sambal kicap. Pecah peluh tak bererti selamat dari kolesterol. Daging merah dan
sup tulang kaya lemak tepu. Sambil menjamah hidangan jangan abaikan langkah
pencegahan antaranya;
1. Kawal diri dari
menjamah sup yang baru dimasak kerana lemak yang cair kaya bertepu. Sejukkan
dulu sup, buangkan lemak yang terapung membeku.
2. Jika sup disimpan
dalam peti sejuk, lemak tepunya akan lebih mudah dibuang. Selepas itu cairkankan
kembali kuah sup.
3. Pastikan setiap
hidangan sup disertai dengan perahan limau nipis atau lemon. Walaupun rasanya
agak kurang enak tetapi kaedah ini dapat mengurangkan kesan sampingan kepada
kesihatan. Buangkan jauh-jauh dari fikiran anda untuk mengutamakan rasa sedap
yang cuma sekejap saja sampai ke tekak itu. Cuba bayangkan perjalanan sup lemak
tepu itu yang akhirnya sarat mengumpul daging dan lemak-lemak itu di dalam
perut. Proses penghadamannya sangat lambat. Fikirkan … betapa payahnya pinggan,
mangkuk dan periuk yang berlemak hendak dicuci, perlu disiram dengan air panas
dan disental dengan limau dan bahan pencuci supaya perkakas benar-benar bersih
apatah lagi perut kita yang berlipat-lipat itu…
4. Elok amalkan minum
air limau nipis bercampur madu lebah. Baik untuk mencuci mulut dan kerongkong.
Elakkan menggunakan gula putih sebagai pemanis atau gantikan dengan pemanis tiruan
yang rendah kalori.
5. Rebus asam boi
putih (asam masin putih) dengan 1 liter air biarkan ia kembang, apabila sejuk
perahkan air lemonsecukupnya tambah air dan madu secukup rasa.
6. Cuba kisar 7 biji
epal hijau dengan sedikit air. Campurkan dengan air rendaman asam boi dan madu.
Sedap untuk sajian sekeluarga.
7. Amalkan selalu
minum air teh bercampur perahan limau nipis dan madu atau jus belimbing. Jus
belimbing penghilang dahaga, melancarkan pembuangan air kecil dan merangsang
penghasilan air liur di samping kaya dengan vitamin C seperti limau. Minuman di
atas selain sedap diminum sejuk dengan air batu sangat enak jika dapat
diamalkan minum suam-suam panas . Cara ini dapat mengelakkan kita banyak minum
dan terlampau berselera makan.
1. Apabila memasak
makanan berkuah ataumenumis sayur dan sebagainya, mulakan dengan menumis
hirisan bawang kecil atau bawang putih terlebih dahulu.
2. Selepas itu
barulah dimasukkan bawang yang di kisar kerana bawang kisar lambat garing sebab
banyak air. Rasanya juga berbeza.
3. Untuk ayam masak
merah atau udang sambal setelah mengikuti langkah 1 dan 2, akhir sekali apabila
lauk hampir masak sekali lagi taburkan hirisan bawang besar. Masak hingga layu.
Cara ini membuatkan masakan anda lebih manis dan sedap.
MENYEDAPKAN
INTI KARIPAP
1. Tumiskan dahulu
beberapa helai daun kari, diikuti hirisan bawang merah dan bawang putih.
2. Setelah itu
masukkan rempah kari dan tumis hingga naik minyak, masukkan bahan-bahan
perencah seperti udang kering, hirisan ayam atau daging dan keledek yang dipotong
dadu. Campur sedikit air. Masak hingga keledek empuk.
3. Akhir sekali masukkan
sedikit garam, sedikit gula dan bawang besar yang dihiris hirisan dadu. Biarkan
layu untuk menyedapkan inti.
Memasak perlu dengan perasaan positif |
4. Bagi mempercepatkan
proses keledek empuk, sebaiknya keledek yang telah dipotong dadu direbus dahulu
dalam periuk lain. Dibuang airnya kemudian baru dicampur seperti dalam langkah
2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan