Anda membina keluarga, kami memeriahkannya |
Pada
hari raya korban ketiga saya mengunjungi rumah seorang kawan. Sampai di
rumahnya dia terus bertanya kalau-kalau ada baki simpanan daging korban di rumah
saya. Terkedu saya dibuatnya, dari gaya cakapnya memang dia terlalu mengharap. “Adalah
sikit, nanti saya hantar esok.” Dia memeluk saya dan mengucap syukur. Hairan
saya. “Kenapa ni?” tanya saya.
“Daging
tu saya nak hantar ke kampung, nak bagi mak. Setiap kali raya saya memang bawa
balik daging dari KL. Tapi kali ini saya balik sebelum hari raya korban jadi
dia tak dapatlah daging korban. Mak sampai pesan pada saya jangan lupa
simpankan daging korban kalau-kalau ada orang beri.” Terharu sungguh saya
mendengarnya. Rupa-rupanya kampung kawan saya ini terlalu daif, sudah 10 tahun kampungnya
tak buat korban.
Kata
kawan saya tu kalau ada yang bagi daging korban, mereka sanggup masak kuah
banyak-banyak untuk rasa seorang sikit berkat rezeki dari daging korban itu.
“Akak
tahu, mereka kalau dapat daging tu macam nak dicium, sayang sungguh. Mereka
anggap macam ‘ubat’, macam penawar penyakit. Sebab susah nak dapat,” jelas kawan
saya. “Ah! Ada juga orang Malaysia yang susah dapat makan daging korban.
Ingatkan di Kemboja sahaja.” Menitis air mata sebak saya.
Walaupun
saya belum sempat masak daging yang diagihkan pada hari pertama raya korban
baru ini tapi saya merelakanrezeki
yang tersimpan di peti beku rumah saya itu berpindah tangan nun jauh kepada
insan di kampung yang serba daif. Cukuplah
saya sekeluarga sempat merasai gulai kawah dan sup tulang yang dimasak bersama
ahli kariah masjid di kawasan
perkampungan saya itu.
Patutlah
hati rasa tertangguh-tangguh nak masak daging itu, rupa-rupanya saya
direzekikan oleh Allah untuk menyambut amanah
sumbangan dari masjid itu barang beberapa hari sahaja. Ia bukan milik saya
sekeluarga. Allah telah catatkan rezeki
itu akan sampai ke perut orang lain rupanya. Rezeki orang yang benar-benar
memerlukannya.
Terima
kasih ya Allah kerana Kau campakkan sedikit rasa kasih dan ihsan-Mu ke hati
kami untuk sama-sama berkongsinikmat
rezeki dengan orang lain. Ya Allah luas sungguh pengertian rezeki-Mu kepada
kami. Tidak ada satu kejadiandan
ketetapan-Mu ke atas kami yang sia-sia. Benarlah apa yang telah Allah firmankan
di dalam al-Quran di dalam surahAli
Imran ayat 191, antara maksudnya,
“...Ya Tuhan kami, tiadalah
Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, mahasuci Engkau, maka peliharalah
kami dari seksa neraka.”
Azam
saya dan kawan-kawan dari Majalah Anis untuk sama-sama mencari dana membantu
menunaikan hajat insaninsan yang
benar-benar memerlukan itu apabila menjelang sambutan hari raya korban pada
penghujung tahun ini.
Mudah-mudahan
dengan cara rasa seronok dapat tunaikan hajat orang dan mempermudahkan keperluan
hidup orang lain
juga, Allah perluaskan lagi rezeki kita.
Bersama-sama
kita menghayati topik fokus bulan ini yang mengupas keistimewaan Luasnya Rezeki
Allah,memandang bala
dan nikmat dari dua sudut tauhid yang tidak terpisah kerana di situ ada sifat jamal (kesempurnaan) dan
sifat jalal (kehebatan
dan kebesaran) Allah dalam kupasan interviu fokus bersama Dr. Jahid Hj. Sidek. ✻
Tiada ulasan:
Catat Ulasan