Kami mengalu-alukan anda memberi pendapat tentang majalah Anis dan menghantar karya berkualiti anda bersama-sama kami.E-melkan cadangan atau karya anda ke majalahanis@yahoo.com atau layari www.facebook.com/majalahanis

Khamis, 17 Januari 2013

Bercakap Dengan Jin

Dia melanjutkan pengajian agama di Universiti Al-Azhar, Mesir pada pertengahan tahun 60-an. Selepas  menamatkan pengajian di Kaherah, awal 70-an anak muda ini terus ditawarkan menjadi guru besar di sebuah sekolah menengah di Tampin, Negeri Sembilan.

Dialah satu-satunya guru besar yang paling muda ketika itu tambahan pula belum berumah tangga. Niatnya hanya ingin berbakti kepada anak bangsa dalam urusan agama.

Kehadirannya di daerah itu disambut baik oleh penduduk kampung serta pelajar-pelajar di sana. Gelaran ‘Tuan’ dianggap cukup istimewa bagi mereka yang bergelar guru ketika itu. Lebih-lebih lagi anak muda ini fasih berbahasa Arab dan Inggeris. Kaya ilmu agama dan sangat tegas orangnya.



Sepanjang berada di Tampin, dia ditempatkan di rumah guru. Sebuah banglo quarters kerajaan yang cukup besar dan selesa untuk seorang anak muda berjawat guru besar sepertinya. Rumah besar itu dapurnya sayup ke belakang terpisah jauh dari rumah ibu. Lengkap dengan bilik orang gaji. Kebiasaannya anak muda ini akan memasak makanan malam sebelum Solat Maghrib.

Komik Siri Godaan Syaitan (elok untuk bacaan anak-anak)


Tak sanggup rasanya untuk turun ke dapur yang jauh ke belakang di malam hari.Lebih-lebih lagi tanpa penghadang kelilingnya. Binatang atau penceroboh bilabila masa boleh menyerang. Tambahan pula suasana di sekeliling cukup sunyi dan gelap.

Suatu malam selesai mengemas dapur, ketika berada di ruang tamu dia terdengar bunyi sesuatu dari arah dapur, “Bunyi macam orang main periuk kuali yang saya basuh. Bunyi sudu berlaga-laga, cawan berdenting-denting. Apabila buka lampu senyap. Tutup lampu dia bunyi balik.

Bunyi macam ada orang main. Saya baca ayat-ayat Quran, lama-lama dia senyap.” Kisah itu tidak terhenti di situ sahaja, beberapa hari selepas itu semasa anak muda itu hendak tidur dia tutup lampu.

Tiba-tiba dengar bunyi orang buka suis lampu. “Saya tutup. Dia buka balik. Saya tutup lagi. Dia buka balik. Banyak kalilah dia main-mainkan saya. Saya terus cakap padanya, ‘Aku buat kerja aku, engkau
buat kerja engkau. Kita sama-sama makhluk Allah.’ Tiba-tiba tak ada lagi dia main lampu. Masa saya nak baring tibatiba muncul satu lembaga hitam, tinggi, berjubah dan berserban. Astaghfirullah, dia nak buat apa pada aku, berpeluh dibuatnya.”

Menurut cerita anak muda itu, dia berdialog dengan lembaga itu. Makhluk itu adalah jin Islam, ‘penunggu’ rumah itu. Jin itu memberitahu, sebelum ini rumah besar itu didiami oleh keluarga Inggeris yang suka mabuk-mabuk dan berpesta sebab itulah siapa yang duduk di situ akan dikacaunya, kerana menurut kata penunggu itu anaknya mati terpijak semasa aktiviti tidak bermoral yang pernah dilakukan oleh keluarga Inggeris tersebut. “Saya beritahu dia, tinggal di itu cuma buat kerja agama bukan maksiat. Sejak dari peristiwa itu tiada lagi gangguan pelik-pelik.”

Orang-orang kampung pula setiap kali bertemu tuan muda ini pasti akan bertanya tentang keadaan rumah istimewa itu. Tuan muda ini cuma tersenyum dan (sambungannya yang bertanda >>>>)

Menantu Pandai Berceramah

Suatu hari Ustaz Abdul Majid Zainal Abdin menghadiri majlis agama, terpana seketika melihat seorang anak gadis petah berceramah agama. Selesai majlis terus ditanyakan kepada penganjur nama gadis tersebut.

Selang beberapa bulan berikutnya satu rombongan merisik khabar datang untuk meminang gadis tersebut untuk adik lelaki Ustaz Abdul Majid.

Lamaran diterima, akhirnya bersatulah ikatan perkahwinan di antara si teruna yang bernama Abdul Hamid Zainal Abidin dengan Latipah Abdullah (kini bergelar Datuk Seri dan Datin
Seri). Datin Seri Latipah merupakan cucu Tuan Hussin Al-Banjari, pengasas Pondok Pokok Sena di Kedah. Keluarga orang alim bertemu jodoh dengan keluarga orang alim juga. Inilah yang dikatakan sekufu.

“Masa saya ceramah tu, rupa-rupanya Ustaz Majid sudah teringat pesan emaknya,minta dicarikan menantu yang pandai berceramah agama untuk adiknya. Sebab itulah apabila dia tengok saya berceramah, terus dia tanya nama. Lepas kahwin rata emak mentua bawa
saya majlis-majlis agama. Dia suruh saya ceramah. Malu juga…tapi ceramah jugalah…”

>>>>Seronok mendengar cerita orang lama yang banyak memberi iktibar buat diri dalam bab mencari calon menantu.

memberitahu dia selamat tinggal di situ. Menurut cerita orang kampung sudah ramai yang angkat kaki tak tahan tinggal di situ sebab selalu kena ganggu. Guru Besar muda itu ialah Brig. Jen (B) Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin,Pengerusi MARA. Pernah memulakan karier sebagai guru di Tampin.

Semasa mencerita kisah itu turut berpesan; “selagi kita bergantung kuat hubungan dengan Allah, yakin Allah Maha Berkuasa, insya-Allah kita akan selamat dan dihormati. Dengan syarat ke mana pergi pun bawa hati yang bersih dan niat yang baik semata-mata kerana Allah.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan