Setiap kali ada berita kematian di kalangan
saudara mara dan sahabat lebih-lebih lagi para alim ulama, Tuan Hj Abu Hassan
Morad, Pengarah Urusan Galeri Ilmu Media Group sedapat mungkin akan cuba segera sampai ke
destinasi. Mahu mengambil keberkatan menguruskan jenazah sedaya termampu, mahu
mengaji, mahu solat Jenazah di barisan depan.
Kalau boleh sedekat yang dapat
dengan imam dan jenazah. Hanya kerana ingin merebut keberkatan memulia dan
menguruskan jenazah yang tinggi nilainya
dididi Allah SWT. Dan yang terlebih utama yang selalu diperingatkan kepada
kami, “apakah kita dapat mati sebaik mereka, apakah kita sempat berbuat sebaik dan sebanyak mungkin kerja-kerja dakwah? Buat kerja
sungguh-sungguh, jangan banyak mengeluh, gaji di dunia tidak sebanyak mana. Nun
jauh di akhirat sana Allah akan bagi gaji yang kekal syurga Jannah. Jangan
bekerja kerana saya tapi bekerjalah kerana Allah.”
Foto: 26 Mac 2013 - ISTAC Taman Duta.
Ziarah arwah Datuk Dr Uthman El-Muhammady.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan