Tatkala menatap dari dekat wajah ayah Nik Nur Madihah, Nik Mohd Kamal bin Nik Mohd Omar bagaikan tidak percaya bahawa lelaki berkot hitam itu seorang nelayan. Dia tampak kacak Cuma langkahnya sedikit kaku bagaikan robot tatkala menaiki pentas. En. Kamal diberi penghormatan merasmikan buku Catatan Hati Nik Nur Madihah karya bersama anakandanya dan Ummu Hani Hj Abu Hasan, novelis muda tanah air.
Kami menyaksikan kasih Tuhan, kuasa, kudrat dan iradat-Nya telah memenuhi janji kepada setiap hamba yang bersungguh-sungguh meluruskan hati kepada-Nya.
Dalam antara percaya atau tidak si ayah telah mengalirkan air mata sebak di atas pengorbanan seorang anak yang tawaduk menjulang ilmu Allah sehingga ayah dan ibu dihargai sebegitu tinggi di mata masyarakat.
Kata ayahnya, “Saya seorang nelayan, terasa canggung pakai kot berucap di atas pentas. Selalunya pakaian saya baju-t lusuh dengan semota di kepala, pentas saya adalah laut.”
Ayahnya petah mengungkap kata tanpa membaca teks ucapan, bagaikan orang yang telah biasa berucap berada di pentas. Intonasinya baik tanpa dapat dikesan dialek Terengganu. Nampak cukup berwibawa. Nyata bakat berani dan bijaknya seorang ayah diwarisi oleh Nik Nur Madihah.
Dalam kejayaan yang diraih keuntungan mula dirasai, nikmat mula mendatangi. Tercetus bimbang dihati si ayah, “Kami biasa susah. Nikmat yang kami dapat ini adalah ujian yang paling kami takuti, takut lalai dan leka.”
Pesannya berkali-kali kepada kami yang hadir untuk mudah melentur anak, jaga sumber makanan yang kita suap kepada anak-anak, mesti dari yang halal dan dari sumber yang halal juga bukan syubhat. “Biar dapatnya sikit tapi betul-betul berkat. Biar isteri kita yang memasak untuk anak-anak. Air tangan ibu bawa berkat,”
Cawan siapa ditelungkupkan? Baca majalah ANIS bulan Jun 2009.
Isnin, 29 Oktober 2012
Hidayah Pakai Tudung
Pada 5 julai09 lalu saya dijemput mengadakan demonstrasi pemakaian tudung pada Karnival Amal Wanita Puchong. Anjuran muslimat Pas.
Kepada urusetia saya bertanya, kenapa nak belajar bertudung, muslimat Pas kan dah cantik bertudung labuh. "Puan dijemput untuk bantu buat demonstrasi untuk golongan wanita yang baru nak belajar bertudung..." kata seorang urusetia yang terlibat. Saya akur dan pada petang Ahad itu saya mengadakan demontrasi. Puas dipujuk kepada muslimah yang hadir unuk jadi model tapi semuanya segan. Akhirnya muncul seorang wanita yang tidak bertudung ke depan. Dia mendapat tepukan sokongan. Dari satu tudung ke satu tudung saya gayakan kepadanya. Pesan saya kepada yang hadir, pakaian bertudung tidak semestinya dari fabrik yang mahal, murah asal pandai digayakan dengan bersyariat insya-Allah mendapat pahala.
Dalam banyak-banyak tudung yang digayakan ada satu tudung yang berkenaan dihati model saya tu. "Puan saya memang dah lama teringin nak bertudung, tapi tak tahu nak pakai yang macam mana. Saya nak bertudung, boleh bagi saya tudung ni. Saya nak pakai terus ni.." Tudung itu memang kesayangan saya sebab paling selesa dipakai. Nabi SAW menggalakkan kalau nak bagi pada orang lain bagilah yang terbaik yang paling kita sayang. Saya senyum...Bagilah...mudah-mudahan cetusan iman hidayah nak bertudung menjadi jariah...
Alhamdulillah wanita itu cantik bertudung. "Doakan saya kekal menutup aurat." Pintanya semasa berpelukan dengan saya. Semua yang hadir mendokan bersama.
Langgan:
Catatan (Atom)