Sesekali menjamah sup
tulang memang cukup menyelerakan, terasa pecah peluh apabila dicampur dengan
sambal kicap. Pecah peluh tak bererti selamat dari kolesterol. Daging merah dan
sup tulang kaya lemak tepu. Sambil menjamah hidangan jangan abaikan langkah
pencegahan antaranya;
1. Kawal diri dari
menjamah sup yang baru dimasak kerana lemak yang cair kaya bertepu. Sejukkan
dulu sup, buangkan lemak yang terapung membeku.
2. Jika sup disimpan
dalam peti sejuk, lemak tepunya akan lebih mudah dibuang. Selepas itu cairkankan
kembali kuah sup.
3. Pastikan setiap
hidangan sup disertai dengan perahan limau nipis atau lemon. Walaupun rasanya
agak kurang enak tetapi kaedah ini dapat mengurangkan kesan sampingan kepada
kesihatan. Buangkan jauh-jauh dari fikiran anda untuk mengutamakan rasa sedap
yang cuma sekejap saja sampai ke tekak itu. Cuba bayangkan perjalanan sup lemak
tepu itu yang akhirnya sarat mengumpul daging dan lemak-lemak itu di dalam
perut. Proses penghadamannya sangat lambat. Fikirkan … betapa payahnya pinggan,
mangkuk dan periuk yang berlemak hendak dicuci, perlu disiram dengan air panas
dan disental dengan limau dan bahan pencuci supaya perkakas benar-benar bersih
apatah lagi perut kita yang berlipat-lipat itu…